Want your
own Fotopage?









 
up close and personal fotopages
http://farahnri.fotopages.com
By: farah ramli

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 1-Apr-2008 14:30 Email | Share | Bookmark
Story about London......

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pagi 18 mac bertolak ke KLIA pada pukul 6.30am naik ERL. Sebelum tu sempat berpelukan dengan nisa dan rina. Terasa sedih amat sangat nak meninggalkan buah hati dua orang ni. Nyaris nak cancel trip bila nisa teresak-esak menangis tapi apa kan daya. Nisa dan rina sebulat suara tak mahu ponteng sekolah untuk ke UK... puas di pujuk tapi keputusan muktamad. Trip ni pun sebenarnya di taja oleh my sister and her husband... kalau diri sendiri entah bila berpeluang nak pergi tak tahu lah... dengan currency yang berkali-kali ganda memang perlu budget yang banyak untuk pergi. Inilah namanya rezeki allah... terima kasih banyak-banyak untuk Liza dan Fadil... semuga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.
Sampai KLIA pukul 8.30am... check in luggage dan breakfast sebelum berlepas pukul 10.45am. Sebelum berlepas sempat call nisa dan make sure dia ok.



Gambar bawah ni masih di ruang udara malaysia... kalau tak silap di perak. Bayangkan terpaksa duduk selama 14 jam untuk sampai ke Heathrow... lemah semangat dibuatnya.



Half an hour dalam flight, dia orang dah serve makan... makan dan makan dan makan. Orange juice jangan cerita lah... memang all the time. Lepas ni memang dah tak boleh tengok orange juice... memang muak.



Every seat ada screen kat depan mata. Bukan nak cerita sangat pasal screen tu tapi mata tetap terpandang berapa jam lagi nak sampai. Setiap minit akan tunjuk kita dah kat ruang udara mana dan pukul berapa kat London dan KL... yang paling tak syok tengok berapa jam lagi ke London.... terasa sangat-sangat lama nak sampai. Video yang ada dah habis semua tengok pun tak jugak sampai-sampai. Badan penat... tambah lagi dengan kerenah Imann... mungkin dia pun tension kot.



Gambar bawah ni ruang udara Afganistan.... memang cantik. Bergunung-ganang dan diliputi snow.



Ha... yang ni ruang udara United Kingdom... terasa lega bila dah nak mendarat. Boleh nampak dari atas River Thames dan kalau tak silap ada nampak satu stadium kat bawah ni. Kalau kaki bola mesti tahu stadium apa.



Sampai Heathrow Terminal 3 pukul 4 petang, waktu malaysia pukul 12 malam. Terus on handphone dan call nisa dan rina. Happy rasanya bila dapat cakap tapi sedih bila terasa jauh sangat. Lepas collect luggage terus ke underground tube untuk ke Central London. Tiket seorang 4 pound which kalau convert RM24. Masa sampai ke counter untuk check pasport... pelik jugak... salah airport ke ni! Ingat kan dah mendarat kat airport New Delhi, rupanya betul heathrow. Jangan terkejut kebanyakkan staff kat situ semuanya india. Macam kat malaysia la... banyak indon. Tube ke Marble Arch ambil masa selama 1 jam. Terpaksalah berasak dengan orang yang tengah balik kerja. Waktu siang disini pendek, pukul 6 pagi dah terang benderang, pukul 6 petang dah gelap.



Ha... yang ni suasana dalam tube. Fadil dengan megahnya diapit si dua hidung mancung. Kira-kira macam antonio banderas pun ada. Yang best nya kat sini tak ada orang faham apa kita cakap... so boleh la mengata sikit-sikit... tapi bukanlah yang teruk-teruk. Masa kat airport tadi dah dapat sms dari Raman saying that weather kat London drop sampai 7'C... which memang sejuk gila. Sampai Marble Arch... baru lah terasa sejuk dan kelam kabut pakai apa yang patut. Lepas check in Boston Court Hotel, terus keluar makan dinner. Masuk kedai Lebanese yang dekat jugak dengan hotel. Mata memang mengantuk sebab dah biasa dengan waktu malaysia... lepas makan balik hotel terus TIDUR!



Pukul 5am dapat sms dari Rina. Dia baru balik sekolah, almaklumlah waktu malaysia masa tu pukul 1pm. Gambar kat bawah ni depan Boston Court Hotel. Hotel ni memang dekat sangat dengan Oxford Street, syurga membeli belah kota London. Kalau sebut Oxford Street serupa la macam Orchard Road, Singapore... kat situ la segala-galanya ada.



Ha... Kamalina, yang baju merah tu saya tau. Kan hari tu kata nak tengok sepenuhnya. Liza bawak gambar Nisa dan Rina dan kawan-kawan sekerja dia. Miss dia orang la tu kot...



Bila nak berjalan tempat orang benda paling penting ialah MAP! Kalau tengok pada map gerenti memang tak akan sesat kecuali map KL... tak tentu lagi.



Awal pagi dah tengok forecast. Cuaca hari ni 8'C. Pagi-pagi dah ambik London Cab pergi jalan-jalan. Cab kat sini memang selesa dan besar siap boleh masuk stroller. Harganya pun memang boleh tahan. Sekali masuk 2.50 pound, maknanya RM16.25. Selalunya sekali jalan lebih kurang 8 pound, lebih kurang RM52.00. Mahalnya! Masa jalan-jalan ternampak kedai buah yang memang menarik perhatian sebab kat situ ada jual ubi kayu yang tersangat la besarnya...



Kawasan kat bawah ni jauh jugak dari town. Tiba-tiba terjumpa masjid nama SULEYMANIYE. Istimewanya kat London ni bangunan yang ada masih dengan ciri-ciri bangunan lama. Terlalu susah nak jumpa bangunan pencakar langit.



Dari Old Street naik tube ke Oxford Street. Sistem pengangkutan memang efficient...



Yang ini suasana kat Oxford Street. Sentiasa busy dan banyak kedai-kedai branded item. Kalau tengok harga... wah murahnya... tapi kalau convert... eeee... takut! Imann terkena kejutan bila datang sini. Dah la sejuk, kena pakai 4 lapis baju, pergerakan terhad sebab baju tebal.



Hari pertama kat sini cuma spend time kat oxford street... jalan-jalan dan jalan dan jalan. Tak rasa letih walau jalan jauh sebab sejuk. Yang penting bawak lip gloss, pakai proper attire dan comfy shoes.



Berhenti setakat ini... kita sambung lagi nanti.... insyaallah....

alaaaa seronoknya....Beautiful pix!!!! Bila la nak ajar i ni.... Wed 2-Apr-2008 01:08
Posted by:Emy
Hai...wah...kejap jer dah ader merata tempat erk..zai nie...eeemmm dlm mimpi ler nak sampai sana
Jom layan entry terbaru Zai baru jer update"UNDANGAN DARI OGY"
Wed 2-Apr-2008 02:01
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Untuk Khidmat Perancang Perkahwinan, Andaman, Pelamin, Sewaan Kostum, etc, layari http://archa-wed.cjb.net atau hubungi - Papa Li 012-335 5881 atau Adeq 012-299 1770.

Kami berpengalaman lebih 10 tahun menyediakan khidmat wedding planner (Malay, Chinese, Indian, etc), pelamin perkahwinan, andaman pengantin, Hiasan Dewan, Fotografi, Kursus Tatarias & Grooming.



- our business partner -

SiKecik Photography Service
Photographer for - Engagement - Wedding - Events - etc -
http://sikecik.fotopages.com
Wed 2-Apr-2008 03:33
Posted by:Archa Wedding Planner  - [Link]
salam farah..
lama saya x jenguk sini.. tup2 dah selamat pegi & balik dari london..
cantik semua gambar2 tu farah & seronok sgt baca catatan u tu...
well, itulah yg dinamakan rezeki kan farah... semoga sentiasa murah rezeki
Sat 5-Apr-2008 01:09
Posted by:ummirafeeq  - [Link]
Alhamdulilah selamat balik dah..cantik sekali gambar-gambar yang farah ambil terutama diudara tuu...so banyak shopping kat London??..
pssst:kita insyaAllah jully atau august balik Malaysia for good.
Mon 7-Apr-2008 09:37
Posted by:masriyah  - [Link]
wah farah.. bestnya dpt jejak kaki ke kota london.... bertuah bdn... semoga murah rezeki mereka2 yg menaja awak tu... suka tgk gambar2 ni... tak puas laaa... byk tak shopping kat sana?? haaa.. barula nampak awak... hehehe... betul cakap awak tu.. kalau follow map insyaAllah tak sesat.. tapi kalau map msia tak tau la kan.. sebab ms pengalaman saya study dulu pun, kalau gi jln2 ni tgk map aje.. mmg confirm jumpa jln... sebab jln diorang lurus & berpetak (ni kalau kat US la)..UK tak pasti camna.. tapi teringinnya nak ke UK.. bila agak2 ni nak sampai sana???
ps: tak sabar nak tunggu entry seterusnya..
Tue 8-Apr-2008 03:47
Posted by:kamalina  - [Link]
Wahh..selamat dah pergi balik UK yek. Lama dah tak menjenguk sini.. Aiseyy..tak sempat nak datang singgah my place yek.. Thu 17-Apr-2008 22:15
Posted by:leyha  - [Link]
salam farah,
how's ur SR opening party ?
lama nye x update
bos bz ke ???
Sun 4-May-2008 15:36
Posted by:fliffy cbk7700@yahoo.com  - [Link]
***mother's day award you you. plz feel free to pick it up at my fp Thu 8-May-2008 02:08
Posted by:fliffy  - [Link]
"Of all the rights of women, the greatest is to be a mother."

"HAPPY MOTHER'S DAY"
Sat 10-May-2008 14:05
Posted by:ummirafeeq  - [Link]
salam Farah,
sunyi jee rumah farah nii, bz ke??..
Thu 26-Jun-2008 08:52
Posted by:masriyah  - [Link]
Welcome to my online business http://shoppingparadise.fotopages.com
Menawarkan pelbagai koleksi pakaian kanak2 original from overseas..
Sat 19-Jul-2008 06:31
Posted by:Overseas Online anatasha_81@yahoo.co.uk  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.